Thursday, 7 December 2017

Tik tok... tik tok....

Diam tak diam, sekarang dah bulan Disember...Hanya tinggal beberapa minggu sahaja tahun baru menjelang tiba. Tentu banyak perkara yang hendak diselesaikan sebelum tibanya tahun baru. Di sini nak kongsi satu perkara dengan semua. Berkenaan rezeki.

Baru-baru ni adik aku balik dari kerja. Dia bawa sesuatu. Aku ingatkan apa bendanya. Dia bagitau yang dia terjumpa anak kucing sakit mata dan keadaannya kesian. Aku macam nak marah dah sebab kalau nak bela kucing sekarang akan sukar pergerakan aku dan adik yang lain bila hendak tinggalkan rumah. Kena ada yang menemankan kucing tu lagi.

So, nak jadikan cerita kucing tu duduk la satu malam dekat rumah aku. Esoknya, dalam kami sibuk dan kelam kabut bersiap untuk pergi kerja, kucing ni tetiba menunjukkan bakat yang bagus. Dia berjalan menuju ke tandas untuk melepaskan hajat. Walhal takde ajar apa-apa pun lagi kat dia ni. Aku jadi tak boleh kata apa dah.. Adik aku pula "Hah, tengok tu ! Dia tunjuk perangai bagus. Maksudnya dia nak kita jaga la... Yong jangan la letak dia kat bawah..." Aku pandang kucing tu " Ko ni kan, pandai betul tunjuk perangai..dengan harapan dijaga disayang ye..." Kucing tu mengedipkan matanya. Agaknya dia setuju dengan apa yang aku cakap kot... Hahahaa....

Tommy (Kucing betina tapi banyak akal)
Aku panggil dia kecik...hahaha...


Sejak bela kucing ni, aku lihat ada dua perkara yang berlaku dalam kehidupan aku dan adik-adik. Perkara pertama, adik aku tetiba diberhentikan kerja .. Lepas dua hari diberhentikan kerja, dia dapat panggilan temuduga kerja dekat dengan kawasan rumah dan paling best tu dapat office hour. Seronok la adik aku sebab dia dah lama cari juga tapi baru dapat. Alhamdulillah...
Perkara kedua, adik aku yang sorang lagi baru mula kerja dan tempoh percubaan selama 3 bulan, tapi belum genap 3 bulan, bos dia dah bagi dia permanent kat company tu.. Semuanya berlaku lepas ada Tommy... (Walaupun masa tu tengah takde duit sangat) Mungkin dia doa pada Allah agar dimurahkan rezeki buat kami.. Semoga si kecil ni membesar dengan jayanya.


Sunday, 1 May 2016

Cinta




Hanya doa ku pohonkan agar bertemu dengan pemilik tulang rusuk sebenar yang akan melengkapkan dirinya dan diriku.....

Sunday, 3 January 2016

Memasak

Memasak nie rupanya bukanlah yang susah dan bukan juga senang.. Tapi perlukan masa dan kesungguhan untuk hasilkan yang terbaik. Mula-mula dulu belajar masak, aku rasa seksa sangat. Once dah duduk sendiri jauh dari mak ayah, takde sapa yang boleh tolong masakkan untuk aku, so aku kenalah kreatif untuk hasilkan makanan yang sedap untuk dimakan.. Syukur, usaha itu dipermudahkan. Yang banyak membantu buku-buku masakan yang aku beli dari MPH Bookstore, Mingguan Wanita dan jasa paling banyak mestilah dari mak aku kan...Call sesaja bila rasa nak makan sedap..Call sebab nak resepi la...hehehee.... Cuma bakat memasak nie kena asah lagi untuk jadi "PERFECT"

Saturday, 2 January 2016

Kucingku

Si Comel ku...
Hadir mu penyeri buat kami semua...
Gelagat mu membuat kami terlupa akan kepenatan bekerja...
Sifat mu yang pandai mengambil hati kami membuat kami kasih dan sayang yang tidak berbelah bagi buat mu...
Sungguh aku rindu denganmu... Namun jarak Laut China Selatan memisahkan kita seketika...
Tapi aku tahu, kau merinduiku dan aku jua sangat merinduimu sayang....

Friday, 1 January 2016

2016

Berlabuhnya tirai 2015 dan melangkah ke tahun baru 2016. Terlalu banyak cerita yang berlaku pada tahun 2015... Ianya banyak meninggalkan kesan dalam diri aku. Dari cerita gembira hingga cerita sedih semua telah aku lalui pada tahun 2015. Di sebalik cerita-cerita itu, ia mengajar aku untuk terus maju ke hadapan dengan memikirkan perkara-perkara yang positif. Tahun 2015 menguji aku untuk tabah dalam mengharungi ujian kehidupan. Kini, melangkah ke 2016 pada hari pertama ini diharapkan aku dapat melalui ujian kehidupan dengan lebih teguh berdiri dan berdikari.